KUALA LUMPUR, 1 April- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM24.73 bilion dalam sistem konvensional dan RM24.99 bilion dalam dana Islam.
Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM300 juta, masing-masing untuk tujuh hari dan 14 hari serta dua tender repo berbalik bernilai RM1 bilion untuk 31 hari dan 91 hari.
Ia akan turut menjalankan dua tender Qard bernilai RM300 juta untuk tujuh hari dan RM200 juta untuk 14 hari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM26.1 bilion dan RM24.5 bilion untuk tender semalaman Murabahah. - BERNAMA