fb fb fb fb fb

Bank Dunia kekalkan ramalan pertumbuhan Malaysia pada 4.3 peratus tahun ini

Ketua Ahli Ekonomi Asia Timur dan Pasifik Bank Dunia, Aaditya Mattoo

KUALA LUMPUR, 1 April- Bank Dunia telah mengekalkan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini pada 4.3 peratus dipacu oleh permintaan domestik.

Ketua Ahli Ekonomi Asia Timur dan Pasifik Bank Dunia, Aaditya Mattoo berkata, penggunaan swasta dijangka berkembang sebanyak 5.2 peratus didorong oleh pasaran buruh yang menyokong dan pendapatan isi rumah yang berterusan.

“Berikutan pendedahan Malaysia kepada China, pertumbuhan perlahan di China akan menimbulkan kesulitan.

“Bagaimanapun secara umumnya, Malaysia akan menerima manfaat daripada apa yang dikatakan sebagai kitaran teknologi, yang merangsang eksport elektrik dan elektronik (E&E), dan ia telah mendapat manfaat daripada penempatan semula yang signifikan bagi pengeluaran semikonduktor dari China,” katanya.

Beliau berkata demikian secara maya di Perkembangan Ekonomi Asia Timur dan Pasifik April 2024.

Inflasi keseluruhan juga dijangka menjadi sederhana kepada sekitar 2.5 peratus pada 2024, mencerminkan keadaan kos dan permintaan yang stabil.

Bagaimanapun, ramalan tersebut tertakluk kepada potensi perubahan dalam subsidi dan kawalan harga oleh kerajaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE