KUALA LUMPUR, 1 April- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi pada tengah hari ini.
Pada rehat tengah hari, kontrak bulan semerta April 2024 dan Jun 2024 masing-masing meningkat 7.5 mata kepada 1,548.00 dan 1,550.50, Mei 2024 naik 9.0 mata kepada 1,549.50 dan September 2024 menokok 6.0 mata kepada 1,538.00.
Jumlah dagangan sebanyak 2,436 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,727 kontrak.
Pada pukul 12.30 tengah hari, FBM KLCI menambah 7.54 mata atau 0.49 peratus kepada 1,543.61 daripada 1,536.07 semasa ditutup Jumaat lepas.- BERNAMA