fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 26 Februari- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Isnin berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM35.04 bilion dalam sistem konvensional dan RM24.09 bilion dalam dana Islam.

Pada hari ini, bank pusat itu akan melaksanakan masing-masing dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta untuk tujuh dan 14 hari serta tender Qard bernilai RM500 juta selama tujuh hari.

BNM akan turut menjalankan dua tender repo berbalik masing-masing bernilai RM1 bilion selama 9 hari dan 91 hari.

Selain itu, BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual beli dan belian semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM36.0 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM23.6 bilion.- BERNAMA

ROSLINA BINTI DIN