fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 24 Mei- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM34.72 bilion dalam sistem konvensional dan RM20.79 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menawarkan tender repo berbalik bernilai RM1.5 bilion bagi wang 31 hari.

BNM juga akan mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik dan kemudahan murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, bank pusat akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai RM36.2 bilion dan tender semalaman murabahah bernilai RM20.8 bilion. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA