fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil berikutan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 9 Mac- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Pada minggu ini, bank pusat campur tangan setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender pasaran wang konvensional, repo berbalik, Qard dan Bil-Bil Islam Antara Bank Bank Negara.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional minggu ini turun kepada RM29.11 bilion daripada RM34.54 bilion pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai naik kepada RM21.48 bilion daripada RM19.03 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus setakat 7 Mac.- BERNAMA

ROSLINA BINTI DIN