fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 16 November- Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil pada Khamis, disokong oleh langkah operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan pada RM40.04 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam berjumlah RM21.95 bilion.

BNM akan mengendalikan dua tender pasaran wang konvensional hari ini iaitu tender RM500 juta masing-masing selama tujuh hari dan 14 hari, dua tender Qard bernilai RM400 juta selama tujuh hari dan RM300 juta bagi tempoh 14 hari.

Selain itu, bank pusat itu akan menawarkan dua tender repo berbalik merangkumi tender RM1.5 bilion selama 32 hari dan tender RM500 juta bagi tempoh 92 hari.

Bank pusat itu turut mengumumkan pengeluaran tender Bil Antara Bank-Bank Islam Bank Negara (BNIBI) pada 16 November berjumlah RM2.5 bilion selama 30 hari.

Bank pusat itu juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual beli balik dan kemudahan Komoditi Murabahah Bercagar selama sebulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM41.0 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM21.3 bilion.- BERNAMA

ROSLINA BINTI DIN