KUALA LUMPUR, 2 Januari -Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM38.89 bilion daripada RM38.80 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam merosot kepada RM24 bilion daripada RM25.81 bilion sebelum ini.
Awal hari ini, bank pusat mengeluarkan dua tender repo berbalik.
Pada 4 petang, bank pusat itu melaksanakan tender pasaran wang konvensional RM38.9 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM24 bilion, kedua-duanya bagi wang tiga hari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 30 Dis 2025.
-BERNAMA
