fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 5 September- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM24.74 bilion daripada RM22.41 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam susut kepada RM23.42 bilion daripada RM27.01 bilion sebelumnya.

Terdahulu, bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik.

BNM juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, Bank Pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM24.70 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM23.40 bilion, kedua-duanya bagi tempoh matang sehari.

Setakat 4 Sept, 2024, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN