fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 5 Julai - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional menyusut kepada RM39.08 bilion daripada RM41.86 bilion pagi ini manakala kecairan dalam dana Islam merosot kepada RM20.80 bilion daripada RM23.77 bilion.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat menjalankan tender pasaran wang konvensional bernilai RM39.00 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM20.80 bilion, kedua-duanya untuk wang empat hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.0 peratus pada 4 Julai. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF