fb fb fb fb fb

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$113.8 bilion pada 28 Jun

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 5 Julai - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) dicatatkan berjumlah AS$113.8 bilion setakat 28 Jun 2024, berbanding AS$114.1 bilion pada 14 Jun 2024.

Paras rizab mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing, memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

BNM berkata, komponen utama rizab antarabangsa meliputi rizab mata wang asing berjumlah 101.6 bilion dolar amerika serta kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa AS$1.3 bilion.

Selain itu, hak pengeluaran khas AS$5.7 bilion, emas AS$2.9 bilion dan aset rizab lain AS$2.3 bilion.

TETITIA YUSOFF