fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 6 Januari - Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Minggu ini bank pusat itu menjalankan operasi setiap hari bagi mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender pasaran wang, repo berbalik, Qard, dan Bil-Bil Antara Bank Bank Negara (BNIB).

Jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional untuk minggu ini merosot kepada RM37.81 bilion daripada RM39.77 bilion pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai berkurangan kepada RM29.09 bilion daripada RM32.46 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada tiga peratus pada 4 Januari. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF