KUALA LUMPUR, 6 Januari - Urus niaga kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal lengang minggu depan.
Kontrak itu tidak diniagakan minggu ini, dengan jumlah dagangan dan kepentingan terbuka kekal sifar.
Kontrak bulan semerta Januari 2024, Februari 2024, Mac 2024 dan Jun 2024 semuanya ditutup pada 97.23.
Sepanjang minggu ini, KLIBOR tiga bulan pendasar berada dalam julat 3.70-3.77 peratus. - BERNAMA