fb fb fb fb fb

Inflasi Malaysia kekal 1.5 peratus pada Disember 2023

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin

KUALA LUMPUR, 22 Januari- Indeks Harga Pengguna yang mengukur kadar inflasi Malaysia kekal pada 1.5 peratus pada Disember 2023.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, terdapat peningkatan perlahan pada bulan tersebut dalam kumpulan restoran dan hotel; pelbagai barangan dan perkhidmatan serta makanan dan minuman bukan alkohol.

Kumpulan utama lain yang menunjukkan peningkatan adalah kesihatan dan pengangkutan.

Kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras nasional, kecuali enam negeri iaitu Sarawak, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Perlis.

Bagi perbandingan dengan negara-negara terpilih, inflasi di Malaysia lebih rendah berbanding Filipina, Vietnam, Korea Selatan dan Indonesia.

Namun, lebih tinggi berbanding Thailand dan China.

Sementara itu, inflasi keseluruhan bagi tahun lalu meningkat 2.5 peratus berbanding 3.3 peratus pada 2022.

Ini didorong kenaikan kumpulan Restoran & Hotel,; Makanan & Minuman Bukan Alkohol dan Pelbagai
Barangan & Perkhidmatan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE