fb fb fb fb fb

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$115.1 bilion setakat 15 Januari 2024

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 22 Januari- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia menokok kepada AS$115.1 bilion setakat 15 Januari lalu berbanding AS$112.8 bilion yang direkodkan pada 15 Disember tahun lepas.

Paras rizab berkenaan telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing.

Ia memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan serta satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing berjumlah AS$102.5 bilion.

Selain itu, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa AS$1.3 bilion, hak pengeluaran khas AS$5.8 bilion, emas AS$2.6 bilion dan aset rizab lain berjumlah AS$2.9 bilion.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE