fb fb fb fb fb

HLB, HLISB semak turun kadar pinjaman, berkuat kuasa 14 Julai

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 11 Julai– Hong Leong Bank (HLB) dan Hong Leong Islamic Bank Berhad (HLISB) mengumumkan penyelarasan kadar rujukan utama mereka berkuat kuasa 14 Julai susulan pengurangan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas.

Kadar Asas Standard (SBR) terbaharu bagi kedua-dua bank ditetapkan pada 2.75 peratus.

Sementara itu, Kadar Asas (BR) dan Kadar Asas Islamik (IBR) akan disemak semula kepada 3.63 peratus, berbanding 3.88 peratus sebelum ini.

Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pembiayaan Islamik (IFR) juga akan diturunkan kepada 6.64 peratus daripada 6.89 peratus.

Dalam kenyataannya, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Pengarah Urusan HLB, Kevin Lam, berkata semakan kadar ini mencerminkan peranan penting dasar monetari dalam memastikan kestabilan ekonomi negara.

"Dalam landskap ekonomi semasa yang terus berubah, penyesuaian dasar monetari adalah penting untuk mengekalkan kestabilan dan menyokong pertumbuhan mampan.

"Bagi HLB, semakan kadar ini merupakan langkah strategik ,selari dengan usaha memperkukuh aktiviti ekonomi serta menyokong trajektori pertumbuhan negara,” katanya menerusi kenyataan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM