KUALA LUMPUR, 11 Julai – Malaysian Rating Corp Bhd (MARC) menjangkakan pertumbuhan ekonomi negara menurun kepada 4.4 peratus pada 2025 berbanding 5.1 peratus tahun lalu.
Menurut MARC, ia dipengaruhi ketidaktentuan global dan tarif baharu Amerika Syarikat sebanyak 25 peratus ke atas Malaysia mulai 1 Ogos.
"Permintaan domestik kekal kukuh disokong pasaran buruh, pelancongan dan dasar monetari longgar.
"Bank Negara menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.75 peratus, manakala inflasi dijangka sederhana pada 2.3 peratus, walaupun dengan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) baharu.
"Ringgit mengukuh 5.3 peratus setakat Jun, aliran masuk dana asing ke pasaran bon mencecah RM26.9 bilion," menurut kenyataan itu.
MARC menjangkakan ringgit mencecah RM4.25/USD dan hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) 10 tahun, sekitar 3.50 peratus menjelang akhir tahun.