fb fb fb fb fb

Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS

Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini di tengah-tengah prestasi lemah di pasaran serantau / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 26 Februari - Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini di tengah-tengah prestasi lemah di pasaran serantau.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI susut 1.51 mata kepada 1,547.60 daripada paras penutup 1,549.11 pada Jumaat minggu lepas.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 0.18 mata kepada 1,548.93 dan bergerak antara paras 1,544.47 dan 1,553.90 sepanjang sesi dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter rugi sebanyak 634 berbanding 442, manakala 439 kaunter tidak berubah, 799 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 3.74 bilion unit bernilai RM3.12 bilion daripada 4.07 bilion unit bernilai RM3.21 bilion.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata indeks utama serantau diniagakan rendah berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham teknologi susulan kenaikan kukuh pada minggu lepas.

"Para pelabur menunggu pengumuman beberapa laporan ekonomi yang penting pada minggu ini terutamanya berkaitan dengan data inflasi Amerika Syarikat (AS) dan kadar faedahnya, yang seterusnya telah mengurangkan minat risiko,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau percaya prospek bagi ekuiti Malaysia masih kekal positif disokong oleh pengumuman laporan pendapatan korporat yang kukuh, penilaian rendah dan sokongan berterusan daripada pelabur asing.

"Kami menasihati pelabur untuk mengambil pendekatan berhati-hati dalam keadaan semasa dan mengambil kira faktor luaran seperti peningkatan risiko pasaran dan ketidaktentuan pasaran global.

"Kami menjangkakan FBM KLCI diniagakan dalam jajaran 1,540-1,570 bagi minggu ini," katanya.

Sementara itu, ketua penyelidikan dan penasihat harta, pengurus portfolio di UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan berkata FBMKLCI mengakhiri sesi dagangan pada Isnin dengan penurunan nilai dan dipengaruhi oleh prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat minggu lepas yang menyebabkan para pelabur mengambil pendekatan berhati-hati.

"Para pelabur sedang menunggu pengumuman data inflasi yang akan datang dari ekonomi utama seperti AS, Jepun dan Eropah, kerana ini dijangka menyediakan gambaran tentang hala tuju kadar faedah global.

"Di tengah-tengah keadaan tidak menentu ini, sesetengah peniaga memilih untuk mengambil keuntungan susulan peningkatan pasaran baru-baru ini,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Sedek berkata meskipun dalam sentimen yang berhati-hati, pelabur asing terus menunjukkan kecenderungan melakukan belian bersih.

"Pelaburan asing dalam ekuiti Malaysia mencatatkan peningkatan ketara, lebih daripada berganda daripada RM352.9 juta kepada RM786.1 juta hanya dalam masa seminggu.

"Minat belian dijangka terus kekal pada masa depan, Sentimen ini mendapat rangsangan daripada musim pelaporan pendapatan korporat minggu ini yang biasanya menjadi pemangkin bagi akiviti pasaran,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, secara keseluruhannya walaupun pergerakan pasaran mungkin dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dan sentimen berhati-hati, prospek masih positif dengan pelabur asing menunjukkan keyakinan terhadap ekuiti Malaysia.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Bursa Malaysia, Maybank dan Public Bank susut dua sen setiap satu masing-masing kepada RM9.51 dan RM4.46, CIMB meningkat dua sen kepada RM6.43, Tenaga Nasional naik lapan sen kepada RM11.36 manakala Petronas Chemicals menokok empat sen kepada RM6.99.

Dalam kalangan kaunter cergas, YTL Corporation naik tiga sen kepada RM2.50, YTL Power International meningkat empat sen kepada RM4.06, TWL Holdings susut setengah sen kepada 3.5 sen, Ekovest turun satu sen kepada 48.5 sendan Hong Seng Consolidated tidak berubah pada dua sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 22.08 mata kepada 11,497.28, Indeks FBMT 100 susut 23.48 mata kepada 11,148.69, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 31.86 mata kepada 11,529.92, Indeks FBM 70 jatuh 84.79 mata kepada 15,507.73 dan Indeks FBM ACE turun 40.09 mata kepada 4,845.80.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 25.98 mata kepada 17,319.41, Indeks Perladangan turun 88.14 mata kepada 7,159.69, Indeks Utiliti naik 4.17 mata kepada 1,580.21, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.08 mata kepada 177.93 dan Indeks Tenaga menokok 6.34 mata kepada 936.23.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.61 bilion unit bernilai RM2.87 bilion daripada 2.59 bilion unit bernilai RM2.88 bilion pada Jumaat.

Jumlah dagangan waran menyusut kepada 717.03 juta unit bernilai RM100.59 juta daripada 791.40 juta unit bernilai RM123.85 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 412.27 juta saham bernilai RM144.75 juta daripada 665.94 juta saham bernilai RM202.09 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 422.91 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (361.18 juta); pembinaan (166.77 juta); teknologi (615.20 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (101.70 juta); hartanah (387.21 juta); perladangan (35.22 juta); REITs (16.15 juta), dana tertutup (45,700); tenaga (174.85 juta); penjagaan kesihatan (90.17 juta); telekomunikasi dan media (46.94 juta); pengangkutan dan logistik (33.92 juta); dan utiliti (157.43 juta).-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN