fb fb fb fb fb

BNM: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 1 Oktober - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM36.06 bilion dalam pasaran konvensional manakala dana Islam RM25.94 bilion.

Hari ini, bank pusat mengeluarkan tender repo berbalik bernilai RM3.4 bilion selama tujuh hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM40.5 bilion dan RM25.9 bilion dalam tender semalaman Murabahah. -BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN