KUALA LUMPUR, 12 Januari - Standard Chartered menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mula meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada separuh kedua tahun ini.
Ketua Ekonomi bagi ASEAN dan Asia Selatannya, Edward Lee berkata, dua kenaikan kadar faedah masing-masing sebanyak 25 mata asas diunjur pada suku ketiga.
Jelasnya, satu lagi kenaikan dijangka berlaku pada suku keempat tahun ini menjadikan OPR keseluruhan pada 2.5% tahun ini.
Ini berbanding OPR semasa pada 1.75%.
Beliau berkata demikian pada Taklimat Penyelidikan Global Standard Chartered 2022 secara maya.
Sementara itu, StanChart turut mengunjurkan ekonomi negara lebih kukuh tahun ini dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 6.2%.
Permintaan luar akan menjadi faktor penyumbang pemulihan ekonomi tahun ini, disokong kadar vaksinasi dan pembukaan semula ekonomi global.