fb fb fb fb fb

ACWA Power minat melabur di Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

RIYADH, 29 April - Syarikat gergasi Tenaga Boleh Diperbaharui Arab Saudi, ACWA Power menyatakan minat untuk melabur lebih AS$10 bilion di Malaysia.

Perkata itu dinyatakan Pengerusi ACWA Power Mohammad A Abunayyan, dalam kunjungan hormatnya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar mesyuarat khas, Forum Ekonomi Sedunia (WEF), di sini.
 
Malaysia terus menjadi tumpuan syarikat pelaburan dan berimpak tinggi utama antarabangsa.
 
Selepas syarikat pembekal tenaga global yang berpangkalan di Perancis, TotalEnergies menyatakan komitmen meningkatkan pelaburan dalam sektor huluan minyak dan gas (O&G) di negara ini, semalam.
 
Hari ini antara Syarikat Tenaga Diperbaharui terbesar dunia, ACWA Power yang berpengkalan di Arab Saudi pula menyatakan minat melabur lebih AS$10 dalam tempoh 10 tahun.
 
Dalam pertemuan kira-kira 30 minit itu, ACWA Power memaklumkan projek tersebut dilaksana menerusi kerjasama dengan syarikat tempatan, Cypark Resources.
 
Turut serta dalam pertemuan tersebut ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, pengurusan tertinggi Cypark Resources dan Jakel Capital.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Cypark Resources Datuk Ami Moris memaklumkan kerjasama projek tenaga boleh diperbaharui tersebut kini dalam peringkat perbincangan akhir dan dijangka dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini.

"Dan minatnya untuk datang ke Malaysia membawa pelaburan, penukaran teknologi dan kepakaran dalam bidang solar, hidrogen hijau selain menyediakan tenaga boleh diperbaharui untuk Industrial Park di Melaka, Jasin dan Kerian," katanya.

Bagi Pengarah Urusan Kumpulan Jakel Datul Seri Mohamed Faroz Jakel, pelaburan dalam bidang tenaga boleh diperaharui turut disokong Jakel Capital yang juga pemegang saham utama Cypark Resources.

"ACWA Power syarikat tenaga boleh diperbaharui terbesar dunia ingin adakan kerjasama dengan Cypark Resources. Kami datang ke Riyadh bagi berbincang bagaimana kerjasama diadakan, Jakel juga miliki beberapa tanah besar boleh dijadikan ladang solar boleh bekalkan tenaga dengan Cypark Resources," katanya.

Menerusi hantaran di Facebook Perdana Menteri menegaskan mengenai kepentingan mengembangkan usaha menerusi pembangunan produk kewangan Islam baharu berdasarkan prinsip maqasid syariah yang mengutamakan keadilan dan perkongsian risiko serta pulangan saksama.

"Ini selaras dengan peranan Malaysia yang sejak sekian lama telah menerajui pembangunan kewangan Islam, khususnya dalam aspek pembangunan produk kewangan Islam yang setanding produk kewangan konvensional," katanya selepas mengadakan mesyuarat bersama-sama Presiden dan Pengerusi Bank Pembangunan Islam (IsDB), Dr Muhammad Al Jasser.

Beliau turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SC dan IsDB.

"Saya bersama Dr Muhammad menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SC dan IsDB. MOU ini adalah kesinambungan lawatan saya ke Pejabat IsDB tahun lalu di Jeddah.

"Insya-Allah, MoU ini berupaya meningkatkan pembangunan kapasiti, perkongsian pengalaman, dan pelaksanaan projek-projek teknikal secara bersama antara SC dan IsDB, khususnya bagi memudah cara inovasi dalam teknologi kewangan Islam, menggalakkan aliran pelaburan asing ke dalam pasaran swasta dan pembangunan kewangan sosial Islam," katanya.

TETITIA YUSOFF