fb fb fb fb fb

Perluas peranan IsDB, sokong pertumbuhan ekonomi Islam

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

RIYADH, 29 April - Fungsi dan peranan Bank Pembangunan Islam (IsDB) harus diperluas bagi menjadikannya institusi kewangan yang teguh menyokong pertumbuhan ekonomi Islam agar terus berdaya saing.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan itu juga dilihat selari dengan konsep Ekonomi Madani.

"Tapi seperti mana juga pemikiran sekarang, saya terus menggesa supaya ia diperkembangkan tugas dan pendekatan, di perluaskan supaya dia menjadi betul-betul kekuatan ekonomi dan kewangan yang utuh yang mampu bersaing dan mengatasi alatan yang lain.

"Ini selari dengan pendekatan dengan Malaysia MADANI. Ada juga rancangan lain di mana usaha Bank Pembangunan Islam (IsDB) bekerjsama dengan Malaysua untuk meningkatkan kegiatan halal, industri halal ekonomi halal dan ini akan juga dimanfaatkan ketika mereka bersidang di Riyadh," kata Anwar.

Beliau bercakap kepada media selepas menyaksikan majlis tandatangan Memorandum Persefahaman (MOU) antara Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Kumpulan Bank Pembangunan Islam (IsDB) sempena Mesyuarat Tahunan Kumpulan bank itu.

Memorandum itu akan membuka ruang kerjasama lebih erat dalam pasaran modal Islam (ICM) dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam terutamanya wakaf.
 
Jelas Perdana Menteri, kolaborasi pertama seumpamanya itu merupakan perkembangan positif bagi pengawal selia pasaran modal Malaysia dan bank pembangunan multilateral berkenaan.

Usaha untuk terus mengembangkan potensi ICM akan terus diteroka termasuk instrumen kewangan baharu dan moden.

Tahun lalu, ICM negara berkembang 4.5% kepada RM2.4 trilion.

Manakala sukuk belum tebus meningkat 7.4% dan ekuiti patuh syariah sebanyak 1.5%.

TETITIA YUSOFF