fb fb fb fb fb

Perdagangan Malaysia dan China rekod lebih RM112 billion

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

KUALA LUMPUR, 29 April - Jumlah Perdagangan Malaysia dan China kekal signifikan pada suku pertama 2024 iaitu mencatatkan lebih RM112 billion.

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ia merupakan peningkatan sebanyak 3.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Dalam tempoh ini, eksport Malaysia ke China direkodkan pada RM44.5 bilion dengan produk elektrik dan elektronik (E&E) merupakan eksport terbesar yang berkongsi 32.6% daripada jumlah eksport kami ke China.

"Import sebaliknya bernilai RM 67.78 bilion yang terdiri daripada barangan perantaraan yang dimaksudkan untuk pembuatan produk untuk eksport seperti produk E&E, mesin, peralatan dan alat ganti, serta bahan kimia dan produk kimia," katanya dalam sidang promosi Ekspo China-Asean (CAEXPO) 2024 ke-21 di sini.

Beliau juga berkata, MATRADE menyasarkan penyertaan 150 buah syarikat Malaysia di acara tersebut.

Penyertaan Malaysia dalam acara yang akan dianjurkan di Nanning, China dan bermula 24 hinga 28 September depan itu adalah bagi mengukuhkan komitmen hubungan ekonomi antara Malaysia dan China.

Tahun lepas, acara itu merekodkan jualan sebanyak RM625.42 juta dengan tujuh memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani.

TETITIA YUSOFF