fb fb fb fb fb

GFI-EF himpunkan penggubal dasar, peneraju perniagaan & penyedia perkhidmatan kewangan antarabangsa

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 30 April- Global Forum of Islamic Economics and Finance (GFI-EF) bakal dianjurkan pada 28 dan 29 Mei ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dengan menghimpunkan penggubal dasar, peneraju perniagaan dan penyedia perkhidmatan kewangan dari seluruh dunia.

Forum anjuran Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) itu, bertemakan ‘Shaping a Resilient Global Islamic Economy Through Values-based Reforms'.

Forum bakal membincang dan membangunkan masa depan ekonomi dan kewangan Islam yang boleh memain peranan penting dalam usaha memupuk kesejahteraan dan kesaksamaan.

BNM menerusi satu kenyataan memaklumkan, acara ini merupakan kesinambungan kepada 15th International Conference on Islamic Economics and Finance (ICIEF) yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Forum akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE