fb fb fb fb fb

CIMB Group capai sasaran Forward23+

Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Mohd Nasir Ahmad (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Datuk Abdul Rahman Ahmad

KUALA LUMPUR, 30 April- CIMB Group Holdings Berhad berjaya mencapai sasaran Forward23+ biarpun dalam persekitaran luaran yang mencabar.

Ini sekali gus mengesahkan lagi komitmennya untuk muncul sebagai peneraju fokus bank di Asean.

Melalui satu kenyataan, institusi bank itu memaklumkan pihaknya mencatat fasa menarik apabila pelan strategik itu terus meraih momentum kukuh walaupun pelbagai cabaran yang melanda industri perbankan berkenaan pada tahun lepas.

Pihaknya berjaya mencapai sukuan teratas dalam industri perbankan global menerusi Penilaian Kelestarian Korporat S&P Global, bagi tahun kedua berturut-turut.

Dalam memasuki tahun akhir Forward23+, tumpuannya meningkatkan akaun simpanan, akaun semasa dan deposit dengan penekanan terhadap pengurusan lembaran imbangan yang seimbang bagi meningkatkan margin faedah bersih di peringkat serantau.

 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE