fb fb fb fb fb

Abu Tariq Ketua Pegawai Eksekutif HASiL baharu

Foto FB Abu Tariq Jamaluddin

KUALA LUMPUR, 18 Disember- Datuk Abu Tariq Jamaluddin dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) baharu berkuat kuasa semalam.

Menurut HASiL, Abu Tariq menggantikan Datuk Seri Dr. Mohd Nizom Sairi yang tamat tempoh kontrak perkhidmatannya pada 16 Disember 2023.

"Abu Tariq sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pematuhan HASiL.

"Beliau mula berkhidmat di HASiL pada 15 Mac 1995 dan berpengalaman luas dalam bidang percukaian langsung merangkumi perundangan dan pematuhan cukai.

"HASiL turut menzahirkan penghargaan kepada Mohd Nizom yang berkhidmat selama 38 tahun di HASiL dan menyumbang kepada kecemerlangan organisasi berkenaan.

"Di bawah kepimpinannya, HASiL merekodkan pencapaian kutipan cukai langsung tertinggi dalam sejarah negara pada tahun 2022, berjumlah RM175.4 bilion," katanya menerusi kenyataan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM