fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Disember- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Isnin, susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM33.65 bilion daripada RM34.27 bilion pada sebelah pagi, manakala dana dalam sistem Islam susut kepada RM30.71 billon daripada RM35.31 bilion.

Terdahulu, bank pusat menawarkan satu tender pasaran wang konvensional, dua tender repo berbalik dan tender Bil-Bil Antara Bank Bank Negara (BNIB).

BNM juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta komoditi murabahah bercagar bagi tempoh satu hingga tiga bulan

Pada 4 petang, BNM mengendalikan tender pasaran wang konvensional bagi RM33.70 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM30.70 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.99 peratus pada 15 Disember. -BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI