fb fb fb fb fb

Zimbabwe adakan pilihan raya pada 23 Ogos

(Foto AFP)

HARARE, 31 Mei- Kerajaan Zimbabwe akan mengadakan pilihan raya di seluruh negara itu pada 23 Ogos ini.

Pengumuman Presiden Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa menamatkan spekulasi berbulan-bulan mengenai tarikh tersebut.

Menurut Mnangagwa, 23 Ogos dipilih untuk pemilihan jawatan Presiden.

"Pilihan raya untuk Dewan Negara dan kerajaan tempatan juga akan diadakan pada hari itu," katanya kepada pemberita di sini.

Parti ZANU-PF diketuai Mnangagwa kini telah berkuasa sejak 1980 akan berdepan dengan Pakatan Rakyat untuk Perubahan (CCC).

CCC diketuai Nelson Chamisa, seorang peguam dan paderi berusia 45 tahun dan menjadi lawan Mnangagwa buat kali kedua.

Menurut bancian terkini, Zimbabwe mempunyai kira-kira 15 juta penduduk.- AFP


(Foto AFP)

Media Baharu