fb fb fb fb fb

Bekas presiden Brazil, Collor dijatuhi hukuman penjara hampir 9 tahun

(Foto Hiasan)

BRAZIL, 1 Jun- Mahkamah Agung Brazil menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun, 10 bulan kepada bekas presiden, Fernando Collor de Mello atas kesalahan rasuah.

Mahkamah tertinggi mensabitkan kesalahan itu selepas Collor didapati menerima rasuah AS$4 juta ketika memegang jawatan senator dari 2010 hingga 2014.

Ia bagi mengatur kontrak sebuah syarikat pembinaan dengan anak syarikat minyak milik kerajaan, Petrobras.

Collor, 73 tahun memimpin Brazil dari tahun 1990 hingga 1992 sebelum meletak jawatan bagi mengelak pemecatan.-AFP

(Fernando Collor de Mello/Foto fail AFP)

Media Baharu