(Foto REUTERS)
HUANCAVELICA, 1 Jun- Sekurang-kurangnya 11 orang cedera dalam festival laga lembu dikenali 'Toro Chutay' di wilayah Huancavelica, Peru.
Beribu-ribu orang melarikan diri selepas seekor lembu jantan bertindak di luar kawalan.
Mangsa mengalami kecederaan ringan di kepala telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Festival tetap diteruskan selepas kejadian berlaku.
Menerusi 'Toro Chutay', peserta akan membahayakan nyawa mereka dengan bersemuka dengan haiwan tersebut.
Haiwan terbabit dibawa dari komuniti Andes.
Pertarungan lembu bermula di Peru sejak kedatangan Sepanyol dan 'Corrida De Toros' telah dijadikan tontonan rasmi di Lima pada tahun 1558. - REUTERS
(Foto REUTERS)