fb fb fb fb fb

Utusan khas PBB ke Myanmar letak jawatan

(Foto fail Reuters)

NEW YORK, 1 Jun- Utusan khas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) ke Myanmar, Noeleen Heyzer akan melepaskan jawatannya, selepas tempoh 18 bulan berkhidmat.

Ia susulan beliau dikritik oleh junta dan penentangnya ketika negara itu terus bergolak.

Jurucakap Ketua PBB, Stephane Dujarric berkata Heyzer akan menamatkan tugasan pada 12 Jun ini.

"Noeleen Heyzer, yang dilantik sebagai utusan khas oleh Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres pada Oktober 2021 akan menamatkan tugasannya pada 12 Jun," kata Dujarric kepada AFP.

Beliau juga berkata seorang urusan baharu akan dilantik bagi menggantikan Heyzer.

(Noeleen Heyzer ketika melawat kem pelarian
Rohingya di Ukhia pada 23 Ogos 2022/Foto fail AFP) 

Heyzer, seorang ahli sosiologi Singapura, ditugaskan menggesa junta Myanmar untuk terlibat dalam dialog politik dengan penentangnya.

Beliau melawat negara Asia Tenggara itu Ogos lalu dan bertemu ketua junta, Min Aung Hlaing dan pegawai tinggi tentera lain dalam satu langkah yang dikritik kumpulan hak asasi manusia.

Bagaimanapun, Heyzer tidak dapat bertemu dengan ketua demokrasi yang ditahan Aung San Suu Kyi dan kemudiannya menimbulkan kemarahan pegawai junta yang menuduhnya mengeluarkan "kenyataan berat sebelah" mengenai apa yang telah dibincangkan.-AFP

Media Baharu