fb fb fb fb fb

Protes diadakan di Zvecan, tuntut penyingkiran datuk bandar

(Foto REUTERS)

ZVECAN, 31 Mei- Berpuluh-puluh penunjuk perasaan berkumpul di hadapan bangunan perbandaran Zvecan dalam menuntut penyingkiran datuk bandar Zvecan, pada Rabu.

Penganjur protes itu, Srdjan Milosavljevic berkata penunjuk perasaan telah menaikkan bendera Serbia bersaiz gergasi dan mahu menjadikan ia perhimpunan aman.

"Sekali lagi, kami meminta perhimpunan hari ini berjalan dengan aman kerana kami terkenal dengan sifat aman kami. kami mahu datuk bandar disingkirkan," katanya kepada pemberita di sini.

Isnin lalu, tentera dan penunjuk perasaan telah bertempur di pekan Kosovo.

Pertempuran itu mencederakan 30 tentera dan 52 penunjuk perasaan.

Pergolakan di wilayah itu semakin memuncak sejak datuk bandar etnik Albania memegang jawatan di kawasan majoriti Serbia utara negara itu berikutan pilihan raya bulan lalu. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu