fb fb fb fb fb

Doktor Bouchra Dabaj tawar perkhidmatan kesihatan rendah, percuma

(Foto REUTERS)

AL-MINA, 31 Mei- Doktor Bouchra Dabaj dikenali dalam kalangan penduduk di sini kerana menawarkan perkhidmatan kesihatan dengan bayaran rendah serta percuma.

Pakar Pediatrik dan doktor berusia 67 tahun itu juga memberikan ubat percuma kepada pesakit dalam membantu mereka yang terkesan dengan kemelesetan ekonomi Lubnan.

Menurut Dabaj, Lubnan sedang mengalami krisis kewangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Pesakit yang mempunyai masalah kewangan boleh datang ke klinik ini.

"Saya cuba membantu pesakit dengan mengenakan caj yang murah serta percuma," katanya kepada pemberita di sini.

Berasal dari Hama di Syria, Dabaj berpindah ke Lubnan kira-kira 44 tahun lalu dan kini mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Syria dan Lubnan.

Suaminya yang juga warga Lubnan turut membantu Dabaj di klinik mereka. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu