fb fb fb fb fb

Musk dijangka bertemu pegawai kanan China dalam lawatannya ke China

BEIJING, 31 Mei - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Elon Musk dilihat meninggalkan hotel di sini, menaiki kereta Tesla pada hari kedua lawatannya ke China, menurut seorang saksi Reuters.

Musk ditemani ketua hal ehwal awam Tesla yang berpangkalan di China, Grace Tao dan ketua pembuatan global Tom Zhu.

Beliau dijangka bertemu pegawai kanan China yang lain dan melawat kilang pembuat kenderaan elektrik Amerika Syarikat di Shanghai minggu ini, kata sumber.

(FOTO REUTERS)

Bagaimanapun masih tidak dapat dikenal pasti individu yang akan ditemuinya dan isu yang akan dibincangkan mereka.

Hari pertama Musk, beliau bertemu dengan Menteri Luar China Qin Gang dan makan malam bersama-sama Zeng Yuqun, pengerusi CATL, gergasi bateri China dan pembekal utama Tesla. - REUTERS

Media Baharu