fb fb fb fb fb

Zelensky sedia adakan pilihan raya jika dapat jaminan keselamatan

Zelensky sedia untuk bertanding dalam pilihan raya / Foto AFP

KYIV, 10 Disember - Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaan untuk mengadakan pilihan raya, jika keselamatan dijamin.

Kenyataan yang dikeluarkan menerusi rakaman suara itu sebagai maklum balas terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mempersoal demokrasi Ukraine.

"Saya secara terbuka meminta agar Amerika Syarikat membantu saya, mungkin bersama-sama rakan-rakan Eropah untuk menjamin keselamatan ketika pilihan raya,"katanya.

Zelensky turut menyatakan kesediaan untuk bertanding dan telah meminta penggubal undang-undang untuk merangka cadangan undang-undang serta meminda peraturan bagi membolehkan pilihan raya diadakan ketika undang-undang darurat sedang berkuat kuasa.

Undang-undang Ukraine melarang pilihan raya diadakan ketika undang-undang darurat berkuat kuasa dan pilihan raya presiden sepatutnya berlangsung pada Mac 2024.-AFP

FAUZIAH ABD RAHMAN