fb fb fb fb fb

Zelensky kunjungi London, bertemu Raja Charles III, PM Keir Starmer

Volodymyr Zelensky

KYIV, 23 Jun - Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, tiba di London pada Isnin dan dijadualkan bertemu Raja Charles III serta Perdana Menteri Britain, Keir Starmer.

Jurucakap presiden memberitahu lawatan tersebut bertujuan bagi memperdalam kerjasama pertahanan.

Ia juga sebahagian usaha Zelensky bagi mendapatkan sokongan United Kingdom (UK) terhadap Ukraine yang telah lebih tiga tahun berperang dengan Rusia.

“Presiden Ukraine akan bertemu Raja Charles III, Perdana Menteri Keir Starmer, dan Speaker kedua-dua dewan Parlimen, Lindsay Hoyle dan Lord John McFall,” tambah jurucakap tersebut.

Zelensky juga dijadualkan bertemu anggota tentera Ukraine yang sedang menjalani latihan di UK serta wakil-wakil daripada kumpulan pemikir.

UK menjadi antara penyokong kuat Ukraine sejak pencerobohan Rusia pada awal tahun 2022.

Negara itu turut mengenakan beberapa siri sekatan ke atas Moscow serta menyediakan pelbagai bantuan ketenteraan kepada Kyiv.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN