Moscow, 24 Jun – Presiden Rusia, Vladimir Putin mengecam serangan ke atas Iran sebagai tidak bersebab dan tidak wajar, namun tidak menawarkan sebarang sokongan ketenteraan kepada sekutu rapatnya di Asia Barat itu.
Dalam pertemuan bersama Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi di Kremlin, Putin menyatakan rasa kesal terhadap peningkatan ketegangan susulan serangan oleh Amerika Syarikat ke atas beberapa fasiliti nuklear Iran minggu lalu.
“Kami mengecam serangan ini dan menzahirkan rasa kesal terhadap apa yang telah berlaku,” katanya.
Dalam perkembangan sama, jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov memaklumkan meskipun Rusia menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan Iran awal tahun ini, perjanjian itu bukan pakatan pertahanan dan tidak mewajibkan sebarang tindakan ketenteraan.
Bagaimanapun, sebarang sokongan masa depan bergantung kepada permintaan Iran dan akan dibincangkan kemudian. - AFP