PARIS, 23 Jun - Beberapa syarikat penerbangan antarabangsa umum penggantungan dan pengurangan laluan ke Asia Barat susulan konflik berterusan antara Israel-Iran.
Langkah drastik ini diambil sebagai langkah keselamatan selepas lebih seminggu pertukaran serangan udara menggunakan peluru berpandu.
Ia juga respons terhadap risiko keselamatan dan ketidaktentuan politik yang berlarutan di rantau itu, dengan kebimbangan kesan konflik terhadap laluan perdagangan global dan penumpang awam.
Antara syarikat penerbangan yang terlibat adalah British Airways, Air France, Lufthansa Group, Turkish Airlines, United Airlines dan Singapore Airlines. - AFP