BERLIN, 16 Disember - Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy berkata, isu wilayah kekal menjadi titik sensitif dalam rundingan damai untuk menamatkan perang Rusia ke atas Ukraine.
Namun, beliau yakin Amerika Syarikat akan membantu Ukraine mencari penyelesaian bersama.
Dalam satu sidang akhbar bersama Canselor Jerman, Friedrich Merz, Zelenskiy berkata, Kyiv memerlukan pemahaman yang jelas mengenai jaminan keselamatan daripada sekutunya sebelum membuat sebarang keputusan mengenai garisan hadapan dalam rundingan damai bagi menamatkan perang dengan Rusia, termasuk pemantauan gencatan senjata.- REUTERS