fb fb fb fb fb

Xin Zhilei rangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Venice

Xin Zhilei/ foto REUTERS

VENICE, 7 September -Pelakon terkenal China, Xin Zhilei, meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Venice pada Sabtu menerusi lakonannya dalam filem "The Sun Rises on Us All", arahan Cai Shangjun.

Dalam filem tersebut, Xin, 39, membawa watak seorang wanita yang cuba menebus kesilapan silam dengan bekas kekasihnya seorang lelaki yang pernah dipenjara kerana jenayah yang sebenarnya dilakukan olehnya.

“Saya bangga dengan diri saya,” ujar Xin ketika menerima trofi di pentas, sambil berkongsi keterujaannya berdiri di pentas antarabangsa buat pertama kali.

Meskipun sudah lama dikenali dalam industri hiburan China, kemenangan tersebut menunjukkan kejayaan antarabangsa sulung buat Xin.

Beliau sebelum ini meraih perhatian menerusi filem Crosscurrent, satu-satunya wakil Asia dalam pertandingan utama di Festival Filem Berlin 2016, yang memenangi anugerah sinematografi.

Xin juga pernah membintangi beberapa filem pecah panggung dan siri televisyen popular di China, termasuk Blossom Shanghai (2023), arahan pengarah legenda Hong Kong, Wong Kar-wai. -AFP

TETITIA YUSOFF