LONDON, 7 September -Polis Britain menahan kira-kira 150 orang pada Sabtu dalam satu perhimpunan yang menyokong 'Palestine Action', sebuah kumpulan pro-Palestin.
Penahanan itu berlaku semasa protes bertajuk "Defend Our Juries" yang diadakan berhampiran bangunan Parlimen di tengah London.
"Pegawai kini telah membuat kira-kira 150 tangkapan di protes 'Defend Our Juries' atas pelbagai kesalahan" kata Polis Metropolitan London dalam satu kenyataan di media sosial.
Menurut saksi Reuters, berpuluh-puluh penunjuk perasaan ditahan semasa protes tersebut, dengan ramai daripada mereka mengangkat sepanduk bertulis: "Saya menentang pembunuhan beramai-ramai. Saya sokong Palestine Action."
Beberapa pertubuhan hak asasi manusia mengkritik tindakan kerajaan Britain itu sebagai melampau dan menyekat kebebasan bersuara, khususnya terhadap penunjuk perasaan aman yang menentang tindakan ketenteraan Israel. - REUTERS