BEIJING, 17 Mac- Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan ke Rusia pada minggu depan, lawatan pertamanya sejak empat tahun lalu.
“Atas jemputan Presiden Vladimir Putin dari Persekutuan Rusia, Presiden Xi Jinping akan mengadakan lawatan negara ke Rusia dari 20 hingga 22 Mac,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Kali terakhir Xi melawat Rusia pada 2019, walaupun Putin menghadiri majlis perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing tahun lepas dan kedua-dua pemimpin itu turut bertemu pada perhimpunan keselamatan serantau di Uzbekistan pada September.
Kerjasama strategik menjadi agenda utama perbincangan kedua pemimpin itu selain menyasarkan menandatangani perjanjian penting antara Rusia dan China.
Lawatan itu diterima China selepas lebih setahun pencerobohan Moscow ke atas negara jiran, Ukraine.
China telah berusaha untuk menggambarkan dirinya sebagai parti neutral dalam konflik itu, tetapi kedudukannya telah dikritik oleh beberapa pemimpin Barat sebagai tidak mempunyai kredibiliti dan memberikan sokongan tersirat untuk Moscow.
China dan Rusia yang merupakan rakan sekutu strategik, dengan kedua-dua pihak kerap menggembar-gemburkan hubungan diplomatik yang akrab.
Menteri Luar China, Qin Gang memaklumkan kepada rakan sejawatnya di Ukraine, Dmytro Kuleba agar kembali berunding dengan Rusia untuk mencapai penyelesaian dalam krisis politik kedua negara.- AFP
(FOTO AFP)