WELLINGTON, 17 Mac - New Zealand menjadi negara barat baharu yang melarang aplikasi media sosial milik China TikTok daripada peranti Ahli Parlimenya kerana kebimbangan keselamatan mengenai platform itu.
Ketua Eksekutif Perkhidmatan Parlimen, Rafael Gonzalez-Montero berkata TikTok akan diharamkan pada semua peranti yang mempunyai akses kepada rangkaian Parlimen New Zealand menjelang akhir Mac ini.
Gonzalez-Montero berkata risiko itu tidak boleh diterima dalam persekitaran Parlimen New Zealand sekarang.
"Keputusan ini telah dibuat berdasarkan analisis pakar kami sendiri dan selepas perbincangan dengan rakan sekerja kami di pihak kerajaan dan antarabangsa," katanya.
TikTok mendapat perhatian yang semakin meningkat kerana kebimbangan data pengguna daripada aplikasi yang dimiliki oleh syarikat ByteDance yang berpangkalan di Beijing itu boleh menjejaskan kepentingan keselamatan Barat.
New Zealand menyertai Kanada, Britain dan Amerika Syarikat dalam melarang aplikasi popular itu.-AFP