NEW YORK, 17 Mac - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) meminta Setiausaha Agungnya, Antonio Guterres untuk membuat penilaian bebas terhadap pentadbiran Taliban di Afghanistan termasuk cabaran mendepani penindasan hak wanita dan kanak-kanak di negara itu.
15 ahli majlis sebulat suara menerima resolusi tersebut kerana melihat ia akan memberi pendekatan baharu antarabangsa terhadap pemerintah Taliban.
Duta PBB ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), Lana Nusseibeh berkata langkah itu bukti cabaran luar biasa di Afghanistan yang perlu ditangani segera.
"Dengan meminta penilaian bebas ini, Majlis mengambil langkah berhati-hati dan bertindak balas terhadap krisis yang sukar. Ini memerlukan kepakaran luar dengan pemikiran segar.
"Secara asasnya, pendekatan sedia ada, tidak mencukupi untuk Afgahnistan. Saya fikir itu adalah mesej utama yang disepakati Majlis," katanya.
Taliban merampas kuasa pada Ogos 2021 selepas tentera Amerika Syarikat berundur dari negara itu selepas perang selama 20 tahun.
Sejak itu, Taliban mula mengenakan sekatan antarannya larangan wanita dari hadir ke sekolah dan universiti, selain tidak dibenarkan keluar tanpa ditemani ahli keluarga lelaki dan perlu menutup muka.-AFP