BEIJING, CHINA 16 Jun- Presiden China, Xi Jinping berlepas dari Beijing pada Isnin ke Astana, Kazakhstan. Beliau dijadual menghadiri Sidang Kemuncak China-Asia Tengah kedua.
"Xi akan mengadakan mesyuarat dua hala sebelum sidang kemuncak pada Selasa," kata Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev.
Lawatan itu adalah kali ketiga Xi ke luar negara tahun ini selepas lawatan ke Asia Tenggara dan Rusia.
China dilihat bersaing dengan Rusia, bekas kuasa kolonial di Asia Tengah untuk pengaruh di wilayah yang luas, hampir sama besar dengan Kesatuan Eropah dengan jumlah penduduk lebih 80 juta orang.
Asia Tengah ialah sasaran strategik penting untuk China dalam inisiatif Belt and Road, yang menggunakan pelaburan infrastruktur yang besar sebagai tunjang politik dan diplomatik.
Rantau itu juga kaya dengan sumber asli dan pelaburan China yang menghubungkan perdagangan dengan Eropah.
Lima republik Asia Tengah, iaitu Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan, dan Uzbekistan telah berusaha mengurangkan kebergantungan mereka kepada Rusia dan meningkatkan perkongsian dengan negara lain.
Langkah itu telah dipercepatkan sejak Rusia menyerang Ukraine pada Februari 2022. -AFP