fb fb fb fb fb

Mayat mangsa nahas Air India mula diserahkan kepada keluarga dan waris

Foto Arkib

AHMEDABAD, 16 Jun - Mayat mangsa nahas Air India mula diserahkan kepada keluarga dan waris terlibat secara berperingkat.

Menurut Dr. Rajnish Patel dari Hospital Awam Ahmedabad, proses pengecaman dilakukan secara teliti termasuk menggunakan keputusan ujian DNA.

"Sehingga semalam, hanya 80 mayat telah dikenal pasti," ujarnya.

Sementara itu, siasatan diteruskan selepas kotak hitam kedua ditemukan.

Ia dijangka membantu pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar.

Menteri Penerbangan, Ram Mohan Naidu Kinjarapu menyatakan harapan agar perakam data penerbangan itu dapat memberikan gambaran terperinci selepas ini.

Pesawat Boeing 787-8 Dreamliner yang dalam perjalanan ke London terhempas di kawasan perumahan di Ahmedabad sejurus berlepas Khamis lalu.

Seramai 242 penumpang dan kru terkorban kecuali seorang mangsa, Vishwash Kumar Ramesh, dilaporkan terselamat.- AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN