TEHRAN, IRAN 16 Jun- Kerajaan Iran mengesahkan bahawa mereka "berjaya" menyerang Israel dengan salvo peluru berpandu pada Isnin.
Kenyataan itu dikeluarkan kerajaan tatkala penyelamat Israel melaporkan empat warganya terbunuh.
Turut dilaporkan berlaku beberapa kerosakan pada bangunan kediaman di beberapa bandar.
"Gelombang baharu serangan oleh Kor Pengawal Revolusi Islam, membolehkan peluru berpandu berjaya dan berkesan mengenai sasaran di Israel," kata Pengawal Iran dalam satu kenyataan yang dipetik oleh agensi berita rasmi IRNA. -AFP