fb fb fb fb fb

Konflik Israel-Iran, India mula pindah pelajar

Foto ARKIB

NEW DELHI, 16 Jun - Kerajaan India giat menjalankan usaha pemindahan sebilangan pelajar warganya ke lokasi lebih selamat di Iran susulan serangan udara oleh Israel sejak Jumaat.

Kementerian Luar India dalam kenyataan memaklumkan bahawa kedutaannya di Tehran sedang memantau situasi serta berhubung dengan pelajar yang terlibat bagi memastikan keselamatan mereka.

“Beberapa orang pelajar telah dipindahkan dengan bantuan Kedutaan ke kawasan yang lebih selamat di Iran,” jelas kenyataan tersebut.

Tindakan ini diambil selepas Iran menutup ruang udaranya dan membalas serangan Israel yang menambah kebimbangan antarabangsa terhadap kemungkinan tercetusnya perang serantau.

Mengikut data rasmi, terdapat sekitar 10,000 warganegara India di Iran, termasuk lebih 2,000 pelajar. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN