fb fb fb fb fb

Westfest, tiga terbunuh termasuk bayi akibat ditembak

WESTFEST, TIGA MAUT DITEMBAK /REUTERS

WEST VALLEY CITY, UTAH, AMERIKA SYARIKAT 16 Jun- Tiga orang terbunuh termasuk lelaki berusia 18 tahun, wanita 41 tahun, dan bayi berusia lapan bulan semasa WestFest di Utah pada Ahad.

Pihak berkuasa menerusi X memaklumkan, dua kumpulan sedang bertengkar dan ketika polis menghampiri mereka, seorang remaja berusia 16 tahun melepaskan tembakan dengan pistol.

Seorang pegawai polis turut melepaskan tembakan tetapi tidak mengenai remaja berusia itu.

Suspek berkenaan telah ditahan.

WestFest digambarkan sebagai "perayaan tahunan yang memperingati penubuhan West Valley City dan mengiktiraf pelbagai budaya yang diwakili di seluruh bandar."-REUTERS

AZRUL FAIZAL JUSOH