fb fb fb fb fb

Xi Jinping dilantik sebagai Presiden bagi penggal ketiga

(FOTO AFP)

BEIJING, 10 Mac-Presiden China, Xi Jinping dilantik sebagai Presiden bagi penggal ketiga pada Jumaat sekali gus menjadikannya sebagai pemimpin paling berkuasa di negara itu.

Pelantikan tersebut dibuat oleh Parlimen China selepas pemimpin itu dilantik sebagai ketua Parti Komunis China (CCP) Oktober lalu.

Jinping 69 tahun sebelum ini menerima kritikan berhubung dasar sifar Covid dan peningkatan kematian selepas pemansuhan polisi berkenaan.

Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) yang bersidang minggu ini mengabaikan isu tersebut dalam majlis tersebut yang turut melantik sekutu Jinping, Li Qiang sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Perwakilan pada Jumaat menyerahkan Jinping buat penggal ketiga sebagai presiden China dan melantiknya semula sebagai ketua Suruhanjaya Tentera Pusat negara itu dalam undian sebulat suara.-AFP


(Xi Jinping dipilih sebagai Ketua Parti Komunis China (CPC)/Foto AFP)

Media Baharu